Wednesday, May 16, 2007

Joint Committee For IDR
Getting Fierce Comments

Below are comments from two concerned Malaysians in response to my posting on the setting up of a Malaysia-Singapore joint “ministerial committee” for the Iskandar Developmnt Region (IDR) in southern Johore, which was already agreed upon by Datuk Seri Abdullah Ahmad and Lee Hsien Loong, in their informal talks in Langkawi two days ago.

Muhammad Ilham:

“This move is just another in the long line of ridiculous decisions our Pak Lah has taken. Yes, I agree that Singapore can be a good and important player in the development of IDR. But, it doesn't mean that it has to be part of the committee that plans and executes decisions. It's as if Singapore and Malaysia are one country, not two different nations. Bit by bit, our sovereignty is being eroded. I want Singapore to be a major player in IDR, along with other interested nations. But, I want it to be on our terms, not theirs. I want Malaysia to be the sole deciding entity, not share the responsibility with Singapore. Want to relax NEP rules in certain sectors of IDR? I can accept. Indeed, I think it is a forward-thinking move, very progressive. Want to use smart-cards for easy entry? Sure, I can still accept. Again, that move is still acceptable and is very progressive. But to form a ministerial level committee to plan the IDR together, that is simply ridiculous. It is as ridiculous as the suggestion months ago, that people can cross into Malaysia from Singapore without going through any immigration control. Well, they backtracked on that suggestion due to fierce opposition from past leaders and grassroots' sentiments. Let's see if we can make this government backtrack on this proposed ministerial level committee.”

Lamandau:

“This is definitely an uncalled for decision. This also strengthens the suspicion that Singapore is having a strong grip on Malaysia for whatever reason(s). I can bet you, we are not getting anything from Singapore in return. Shabery Chik is not competent to give explanation (about this) because he is too junior and ignorant of the interplay of the two nations. What an answer he gave to the Parliament yesterday? May be he thought that all parliamentarians (MPs and Senators) are stupid. Why not he declares on behalf of PM that IDR is exclusively for Singapore only? Day by day stupid decisions are being made by our leaders expecting that the rakyat will swallow them! I have been commenting that the “invisible fingers” of foreigners are slowly, but surely, seen to have influenced our leaders. In no time, will Singapore station its security people as what happened in the water reservoir in Pulai, Johore?”

To access their full comments, please click the link below:

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=1879338811209176830

I have nothing else to add. Except that the voices above definitely represent the concerns of majority of the rakyat who choose to remain silent. Hopefully, Abdullah will read these comments and those from other blogs on the same subject matter. After that, please get the best advice on what needs to be done next. – Ruhanie Ahmad

15 comments:

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
cyberprince said...

Bung Mika:

Hai, nampak gayanya Bung beriya-iya benar nak saya beri jawapan kepada soalan anda.

Kepada saya,keberanian dan provokasi anda tidak akan saya sambut. Kalau Bung ada kuasa nak ISAkan saya, apa boleh buat? Tapi, jangan lupa, kuasa itu datangnya daripada rakyat!!

Selama ini saya selesa melayan komentar anda di blogsphere ini secara spontan dan cordial. Tapi, kalau kali ini anda sampai mengugut nak tutp blog saya dan ISAkan saya dan bloggers seperti saya, sekali lagi saya katakan, kuasa di tangan anda!!

Saya tidak memilih untuk bermain bunga, api atau pun besi. Saya juga tidak berhajat untuk "berperang,berentap atau bergaduh" dengan sesiapa, waimah anda.

Sebagaimana saya pernah katakan, kalau nak belanja teh o halia, marilah kita berjumpa.

Bagaimanapun, harap Bung sudi menghuraikan kenapa sampai emosi sangat mengenai Hishamuddin menerusi komen anda kali ini?

Pasal Hishamuddin?? Kalau beliau masih boleh dilentur, eloklah. Kalau Allah merestui perjuangannya, Alhamdulillah. Kalau suatu hari nanti ditakdirkan Hishamuddin jadi PM, bersyukurlah kepada Allah.

Buat waktu dan ketika ini, Hishamuddin masih muda. Beliau masih ada hari muka - cerah atau gelap, terserah kepada beliau mewarnakannya.

Soalnya, bolehkah Hishamuddin survive the political game of his deputy? Kalau Bung boleh jawab kemusykilan ini, harap beritahu saya secepat mungkin untuk kita minum teh o halia sama ada di kantin imigresen, kedai kopi 24 jam di Precint 9 Putrajaya atau di mana sahaja.

Terima kasih dan salam takzim daripada saya,

Ruhanie Ahmad

pemerhati said...

Hello Mika angle-O

Bagi saya tulisan Datuk bertujuan menyedarkan bangsa Melayu dan menimbas sejarah. Selaku pemerhati politik saya tidak nampak pun berhubung perkara boleh menjerat ke akta hasutan.

Datuk teruskan menulis, BERANI KERANA BENAR..

cyberprince said...

Saudara Pemerhati:

Terima kasih atas sokongan moral. Saya pun musykil apa yang buat Bung Mika sampai berang sangat hanya kerana saya tak jawab soalannya pasai Hishamuddin.

Apa pun sekali lagi, terima kasih dan selamat berjuang.

Salam takzim dari saya,

Ruhanie Ahmad

pemerhati said...

kepada saudara mika angle-O.. harap baca sejarah Panglima Salleh.

SIRI PERTAMA

Salleh bin Abdul Karim mungkin tidak dikenali,
tetapi nama inilah yg meletakkan masyarakat Melayu
kpd peradaban tertinggi terutama bagi pendududk sekitar daerah Batu Pahat dan Muar
pada awal tahun 1940-an dahulu

Ingatan masyarakat Melayu terutama Banjar dan Jawaterhadap jasa-jasa Salleh bin Abdul Karim menganjur hingga ke penghujung tahun-tahun 70-an. Kini nama Salleh bin Abdul Karim, Atau biasa disebut Panglima Salleh atau Cikgu Salleh atau Kiyai Salleh atau Salleh Hitam atau Salleh Keling atau Guru Salleh atau Salleh Selendang Merah Itu sudah tidak lagi meniti di bibir kebanyakan orang, Malah sejarah keagungannya membela orang-orang Melayu yg dizalimi komunis pada zaman selepas pendudukan Jepun sudah tidak kedengaran lagi.

Riwayat hidup Salleh sebelum dia dikenali sebagai pemimpin kpd gerakan perang membela maruah orang Melayu amat menarik utk dimaktubkan, seterusnya dinobatkan.

Ini kerana disamping beliau seorang pemimpin agung bagi pengikut-pengikutnya, dia juga terkenal sebagai seorang pemimpin yg sanggup turun berjuang bermodalkan darahnya sendiri.

Salleh dilahirkan di Tanjung Olak batu, Bukit Pasir, Muar (bersebelahan sahaja dgn kampung Dr. Tuah) pada tahun 1916 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jorak. Ketika berusia 13 tahun, beliau telahpun mula menunut pelbagai ilmu kepahlawanan Melayu daripada beberapa tokoh kependekaran di Pagoh termasuklah Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad(orang2yang terkenal handal dan berdarah pejuang di selatan Muar).

Asalnya Salleh seorang peraih yg kerjanya mengutip hasil tanaman pendududk kampung utk dijual di Batu Pahat, tetapi perniagaan Salleh mula tergugat dengan kehadiran Jepun.

Pada waktu itu MPAJA atau Malayan People Anti-Japanese Army, sebuah pertubuhan yg dikuasai PKM atau Parti komunis Malaya telah memulakan penentangannya terhadap Jepun.Lalu, Salleh telah mengambil keputusan berpindah ke Seri Medan, lubuk Parti Komunis Malaya atau terkenal dengan panggilan Bintang Tiga.

Kerana dia seorang peraih yang aktif, pihak MPAJA pernah menawarkannya supaya masuk Parti Komunis Malaya konon supaya keselamatannya lebih terjamin.Buat masa ini Salleh masih dapat mempertahankan pendiriannya, iaitu dia tidak menyebelahi mana-mana pihak
kerana masanya ditumpukan kepada berniaga dan menambah ilmu-ilmu keperwiraan.
Salah seorang gurunya yang dianggap terhandal ialah Tuan Guru Haji Hussein.
Dalam kesibukannya itu, akhirnya Salleh mendapat tapak yang sesuai untuk menetap terus di Parit Gantung, dekat Lopiak, kira-kira 4.8km sahaja dari Bandar Penggaram.


Ketika British menyerah kalah pada 15 Februari 1942, Salleh mengambil keputusan menerima pelwaan Parti Komunis Malaya supaya bermesyuarat di Hutan Bukit Simpor (sarang komunis yang terbesar) di Parit Sulong.Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa dia telah menjadi orang komunis atau sekurang-kurangnya penyokong yang bersimpati terhadap perjuangan komunis.

Entah apa yang sebenarnya tersirat di hati Sallah, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
Namun, dia menerima semua arahan parti umpamanya mengutip cukai daripada penduduk kampong dan juga para peniaga. Kebetulan dia dapat melakukan dengan lebih pantas berbanding orang lain, maka dia lebih diharap oleh PKM.

Begitupun, komunis tetap menaruh syak terhadap Salleh kerana Salleh pada ketika-ketika tertentu mungkir juga untuk menyampaikan hasil pungutannya kepada parti.

Sebaliknya, apa yang Salleh lakukan ialah memberikan atau membahagi-bahagikan apa yang dipungutnya itu kepada penduduk yang lebih memerlukannya. Dia bertindak seperti Robin Hood tanpa diketahui PKM.

Akhirnya pada suatu malam, segerombolan komunis dating mengepung rumahnya di Lopiak. Pada masa itu dia sedang berada di dalam rumah, tetapi aneh sewaktu gerombolan komunis itu menceroboh masuk, mereka tidak menjumpai Salleh di dalam.

Komunis mengulanginya hingga 7 kali pada malam-malam berikutnya namun Salleh tetap tidak dijumpai.Selepas itu, Salleh tidak lagi menjadi orang harapan, tetapi orang buruan yang sudah termasuk dalam senarai untuk ?tertanam ubi?, istilah bunuh bagi pihak komunis


Suatu ketika Salleh berdagang di Kampung Tebing Tinggi, tiba-tiba beliau dipanggil oleh seorang lelaki bernama Taib.Taib telah menawarkan sebilah pedang yang mampu bertukar bagai seutas tali cemeti membuat suatu lingkaran bulat apabila dihayun ke atas.
Syaratnya Salleh sudi memberikannya segantang beras.

Sudah tentu Salleh tertarik, tetapi harga pedang pusaka dari Raja-raja Riau itu dengan segantang beras amat tidak memadai.Tetapi Taib berkeras kerana baginya apalah erti sebilah pedang berbanding dengan perut yang kebuluran.

Keadaan ini dapat memberikan gambaran betapa sukarnya hidup di bawah pemerintahan 2 kuasa (Komunis dan Jepun pada waktu itu).Pada 19 Januari 1942, askar Jepun telah menjalankan gerakan besar-besaran merempuh dan membersihkan Batu Pahat dari kekuasaan Bintang Tiga. Ternyata Jepun lebih baik jika dibandingkan dengan komunis yang agak zalim pada penilaian orang-orang Melayu itu. Apabila komunis berundur, beberapa orang Melayu segera menjadi konco, dan ini semakin menyakitkan komunis

Lalu pada suatu hari, ketua PKM Batu Pahat bernama Jeneral Ming
telah memanggil Salleh dan pertemuan sulit berlaku di tepi Tasik Mamor kira-kira 5km sahaja dari Bakau Condong.Di sini, Jeneral Ming telah memberikan Salleh sepucuk pistol.
Jeneral Ming percaya dengan alasan-alasan yg diberikan Salleh terhadap keingkarannya menyerahkan hasil-hasil kutipan dahulu.

Tetapi sewaktu perjalanan pulang, Salleh telah dikejutkan dengan laungan penduduk dekitar pekan Bukit Pasir kerana berlakunya penyeksaan dan pembunuhan yang cukup tragis oleh askar Jepun terhadap penduduk kampung.Dalam masa yang sama berita penduduk Mukim Empat yang hilang tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi.

Mukim Empat terletak di pertengahan Sungai Simpang Kiri dan didiami kebanyakannya oleh suku Banjar dan Jawa.Mereka terkenal sebagai bangsa yang gigih berusaha untuk hidup.Mereka bukan setakat keras tulang membanting tanah, tetapi juga keras hati,
keras kepala, keras cita-cita dan keras bahasanya.


Sikap orang Banjar dan Jawa yang tidak mudah tunduk kepada komunis itu
telah menimbulkan syak kepada komunis bahawa mereka menyokong ataupun membocorkan rahsia komunis kepada Jepun. Kerana itulah ramai penduduk Mukim Empat
mati dibunuh ataupun hilang tanpa berita.Tindak balas yang diambil oleh penduduk Mukim Empat yang juga terkenal kebanyakkannya berasal dari darah pahlawan itu
membunuh komunis seramai mana yg dapat, di mana sahaja.

Lebih baik kalau dapat membunuh musuh-musuh yang bersembunyi di dalam selimut
kerana musuh-musuh yg begini memang sukar dikenali
tetapi bahayanya mengalahkan yg berpakaian seragam dan bertopi bucu lima itu

Akhirnya, penduduk Mukim Empat menubuhkan Persatuan Muhammadiah
yg menjadikan surau dan masjid sebagai tempat bermesyuarat utk mengatur strategi.
Berlindung di sebalik kegiatan agama; sembahyang dan ceramah agama,
persatuan ini berjaya menyusupkan ideology mereka kpd penduduk sekitar.
Kali terakhir ceramah diadakan di Kampung Parit Maimon apabila arahan dikeluarkan pihak komunis melarang semua kegiatan agama hatta utk sembahyang berjamaah.

Persatuan Muhammadiah yang dipimpin oleh Ijam terpaksa akur, namun pada tahun 1943,
kejadian saling berbunuhan antara komunis dan orang Mukim Empat begitu kerap dan amat ketara.Sama ada komunis atau penduduk Mukim Empat, nyawa kedua-dua belah pihak menjadi murah harganya.Akhirnya, dalam kemelut yg membabitkan nyawa itu,

4 buah kampung iaitu;

1. Kampung Parit Puasa
2. Kampung Parit Penghulu
3. Kampung Parit Betong
4. Kampung Parit Jawa

Yang terletak dalam Mukim Empat bersatu.

Dari setiap kampung ini, dikeluarkan pemuda-pemuda yg sanggup ke tengah,
berjuang membela aganma dan maruah bangsaSetelah berjaya mendirikan rumah di Lopiak,
Salleh terfikir untuk membawa isteri dan anak-anaknya menetap di Batu Pahat.

Dalam suasana gawat dan kes-kes orang hilang atau mati dibunuh berleluasa,
Salleh tetap bertekad untuk membawa keluarganya berpindah. Meskipun perjalanan amat jauh dan berbahaya, Salleh dan keluarganya selamat juga padahal keadaan memaksa mereka melalui beberapa sarang komunis sepanjang perjalanan itu.Dan kebetulan Esah, bukanlah sebarangan wanita.Menurut ceritanya, dia juga seorang wanita yang berilmu hampir setanding dengan kebolehan suaminya

bersambung siri ke2

pemerhati said...

mika angle-O.. harp baca samb siri ke-2.. Jgn jadi melayu mudah lupa.

SIRI KE-2

Pada ketika ini, keganasan komunis sudah melampau-lampau dan cukup keterlaluan.
Mereka sudah berani membunuh sekeluarga orang Melayu secara terang-teangan pada siang hari.Kebanyakan mangsa adalah dari Mukim Empat. Mereka tidak hanya membunuh orang-orang yang disyaki menjadi penyokong Jepun, malah orang perempuan dan juga kanak-kanak.Ekoran itu, Ijam dan orang-orangnya telah memperhebatkan tentangan mereka pula.

Seperti komunis, mereka juga tidak tergak-agak bertindak terhadap sesiapa sahaja yang disyaki komunis atau menjadi pengintip komunis, tidak kira apakah orang itu Melayu dan berasal dari Mukim Empat ataupun orang luar.

Keadaan benar-benar gawat!

Pengaruh komunis kelihatan semakin terancam. Orang Melayu terutama dari Mukim Empat sudah hilang sabar dengan kezalimam komunis.Kini Bintang Tiga bukan setakat menghadapi ancaman Jepun, tetapi daripada orang-orang yang selama ini tunduk memenuhi semua kehandak dan perintah mereka.Pada bulan Oktober 1943, Persatuan Muhammadiah sudahpun berusia 2 tahun, tetapi perjuangannya masih lagi di tahap lama ? iaitu hendap & serang.Penduduk Mukim Empat masih lagi perlu menyembunyikan tindakan mereka
untuk mengelakkan daripada diserang secara besar-besaran oleh pihak komunis yg terkenal zalim dan tidak berhati perut itu.

Suatu hari, 2 org kuat komunis bernama Ah Kit dan Cikgu Isnin telah didatangkan khas
oleh Parti Komunis Malaya utk memberikan ceramah ideology komunis kepada penduduk Mukim Empat.Baru sekarang pihak komunis merasakan penentangan penduduk mukim itu
berpunca dari kekeliruan dan ketidakfahaman mereka terhadap perjuangan komunis.

Walaupun pada mulanya kedatangan Ah Kit dan Cikgu Isnin itu disambut baik, namun satu perancangan untuk membunuh kedua-duanya telah siap diatur.Tindakan ini menyebabkan komunis membakar Kampung Parit Yaakob hingga yg tinggal hanyalah masjidnya. Keganasan & kekejaman komunis semakin menjadi-jadi hinggakan pada saat ini dianggarkan telah beratus-ratus orang menjadi mangsanya.

Tapi Salleh masih dgn perniagaannya (hilir mudik dgn perahu dari Batu Pahat ke Seri Medan).Baju Melayu serba hitam yg sudah bertukar warna menjadi dauk itu
masih menyalut tubahnya yg sedikit gempal. Itulah pakaian rasmi Salleh sejak dia mula-mula dating ke Batu Pahat dan kekal hingga kini.

Tapi perbincangannya dgn Haji Kadri pada petang 4 April 1945 itu telah membuka satu lembaran baru dlm perjuangannya membela agama & bangsa .Salleh bersama penduduk Sri Medan Mukim 18 telah mengalu-alukan kehadiran ketua komunis Batu Pahat yg dikenali dengan panggilan Gemuk bersama 6 orang pengawalnya.

Pada majlis yg bermaksud bersefahaman dan meraikan ketua komunis itu, Gemuk telah diberi kecubung yg dimesrakan dengan ayam panggang.

Mudah sahaja ketua komunis bersama pengawal-pengawalnya itu dikalahkan oleh penduduk Seri Medan Mukim 18 apabila mereka tidak terdaya walaupun sekadar mengangkat kelopak mata beberapa minit sahaja setelah menelan ayam panggang berkecubung itu.

Tindakan penduduk Seri Medan ini, bagaimanapun, telah menyebabkan komunis menyerang balas dgn membakar habis rumah-rumah di Parit Bagas dan Kampung Pasir.
Ramai penduduk menjadi mangsa keganasan komunis yg benar-benar diungkit marah ketika itu.Hal ini menyebabkan penduduk Seri Medan menikus beberapa ketika
sehinggakan Haji Kadri merajuk dan berpindah ke Kampung Parit Jawa.

Haji Kadri berasa kecewa dengan sikap serik dan menikus serta hangat-hangat tahi ayam penduduk berkenaan.Melihatkan kegawatan yg tidak keruan itu, Salleh sudah tidak boleh bersabar lagi. Dia merasakan sudah sampai masanya dia muncul ke tengah gelanggang perang.Masyarakat yg seagama dan sebangsa dengannya sudah kehilangan arah
dan perjuangan yg telah diatur oleh Haji Kadri tersia-sia.

Salleh yakin, inilah masanya dia patut menggunakan segala ilmu & semangat kepahlawanannya bagi menentang kezaliman demi agama, demi bangsa dan demi maruah dirinya sendiri.


Setelah menyisipkan pedang pusaka Raja-raja Riau di pinggangnya, dengan berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah, diiringi doa dan sedikit bacaan ayat-ayat suci pendinding diri ke tengah masyarakatnya yg pucat dan lemah kerana selalu kebuluran & ketakutan.Salleh memulakannya dgn menanam semangat baru utk membangkitkan dan memulihkan jiwa berani bangsa Melayu.

Dia menyemaikan harapan dgn penuh keyakinan dan bukti. Dia mengaku setulus hati
akan berada dihadapan mereka menentang kezaliman.

Yang diperlukannya
BUKAN duit,
BUKAN makanan,
BUKAN harta,
BUKAN pula darah dan tubuh badan yang sudah tidak bermaya itu,

TETAPI CUMA SOKONGAN.
CUMA PENGAKUAN.
CUMA KEBANGKITAN.

Namun cubaan pertama Salleh itu tidak berjaya.

Penduduk Seri Medan menyatakan ketidak sanggupan mereka menentang kekuatan komunis meskipun mereka mengakui kezaliman yg telah dilakukan terhadap mereka.
Jika Jepun sendiripun tidak berupaya menghapuskan komunis, inikan pula Salleh!
Tidak lama selepas cubaan pertama Salleh utk memimpin kumpulan perang itu gagal,
tiba-tiba namanya naik dalam satu mesyuarat Persatuan Muhammadiah.

Ijam bin Ahmad dgn rendah diri menyatakan ketidak sanggupannya lagi memimpin persatuan itu.Nama Salleh telah dibangkitkan oleh Haji Kadri apabila persatuan itu mulai sedar jika mahu berjaya, mereka perlukan seorang pemimpin yg benar-benar handal.

Bagi Haji Kadri, Saleh amat layak berdasarkan pengetahuannnya terhadap kehebatan Salleh
sepanjang dia tinggal di rumahnya di Kampung Parit Jawa dahulu.Namun, beberapa kali bantahan didengar kerana sebagai peniaga, Salleh memang agak dikenali di kalangan penduduk Batu Pahat, tambahan pula ada cakap-cakap yg mengatakan dia pernah mencuri.

Bagaimanapun, Haji Kadri telah berjaya meyakinkan ahli-ahli Persatuan Muhammadiah
bahawa Salleh menceroboh masuk ke rumah sesetengah orang itu adalah untuk menguji ilmunya, apakah sudah ampuh atau masih perlukan pengamalan.Lagipun, setahunya Salleh telah bertindak memberikan sahaja barang yg dicurinya iitu kepada orang-orang
yang memerlukan apabila didapatinya perlu.

Perbuatan Salleh, menurut hemat Haji Kadri adalah mulia, malah lebih mulia
daripada tidak melakukan apa-apa bagi membantu mangsa yg kebuluran. Apabila perkara itu disampaikan kepada Salleh, dengan gembira Salleh menyambutnya. Kekecewaannya untuk memimpin kumpulan perang di Seri Medan telah terubat dengan pelawaan dari Persatuan Muhammadiah itu. Dia segera menghilir sungai untuk ke Mukim Empat dan upacara perlantikan itupun dilaksanakan di Kampung Parit Puasa pada hari itu juga


"Aku terima perlantikan ini,dengan syarat kita bukan setakat bertahan,mempertahankan kampung dan penduduknya daripada serangan,tetapi aku mahu dibenarkan juga memimpin orang-orang muda di siniuntuk menyerang dan menghapuskan pengganas komunis.
Semoga ALLAH merestui perjuangan kita."Itu kata-kata Salleh sebaik sahaja menerima perlantikan tersebut

Hari itu juga, Salleh mulai menyusun strategi. Seluruh anak muda yang tidak bersifat naif
dan tidak gementar atau lemah semangat melihat darah diminta berkumpul di Masjid Parit Sulong. Apa sahaja jenis senjata yg dimiliki handaklah dibawa bersama. Beberapa amalan segera diajarkan, malah disuruh mengamalkan beramai-ramai.

Salleh pulang ke rumah ketika murid-muridnya seramai 38 orang itu mempelajari zikir & ratib dan mengulangi bacaan Surah Yaasiin sebanyak 40 kali untuk menemui & memberitahu anak isterinya. Ketika dia pulang semula ke Masjid Parit Sulong,
bacaan Yaasiin 40 kali belum lagi selesai dibacakan oleh murid-muridnya.

Ketika inilah Salleh mula dipanggil oleh murid-muridnya sebagai Guru Salleh atau Cikgu Salleh.Serangan-serangan mula dilancarkan. Bermula di Bukit Simpor, diikuti di Air Hitam, Bukit Alam bermula pada19 April 1945.

Komunis bertindak lebih berani dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail bin Dato? Abdullah, pada 10 Jun 1945.Turut terbunuh ialah Tuan Haji Hasbullah, Kadi Batu Pahat dan Dr. Woodhull, Pegawai Perubatan Batu Pahat.Kesemua mereka dibunuh di Benut dalam satu majlis jamuan yg telah dirancang oleh pihak komunis dgn rapi.

Pada ketika ini, polis sudah seperti menjadi orang biasa kerana kekuasaan sebenarnya dipegang oleh pihak Jepun.Pihak Jepun yg sememangnya bermusuhan dgn komunis ini
pula seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa.Keadaan di Batu Pahat terutamanya amat gawat dan cukup mencemaskan. Jika orang-orang besar seperti pegawai daerah, kadi dan pegawai perubatan boleh dibunuh, inikan pula orang biasa.

Salleh sudah tidak boleh bersabar lagi.Perbuatan komunis benar-benar mencabar semangat kependekarannya.Salleh bertindak nekad dgn mencari sesiapa sahaja yg bergelar komunis.
Dia melakukan ni seorang diri tanpa sedikitpun rasa gentar akan maut yg boleh meragut tiba-tiba.Salleh berbasikal hampir setiap malam, menyusuri jalan-jalan di Bandar Penggaram mencari komunis.

Gaya Salleh bagaikan seorang jaguh yg tidak takut mati itu benar-benar menjadi buah mulut dan memang diketahui oleh pihak komunis.Anehnya, tiada seorg komunis pun yg berani tampil berdepan dgn Salleh walaupun Salleh tidak pernah membawa senjata api,
hanya sebilah pedang yg sentiasa tersisip di pinggangnya. Setiap kali Salleh lalu,
suasana menjadi senyap seolah-olah Bandar Penggaram itu tidak berpenghuni.

Pada waktu itu Bandar Penggaram telah benar-benar terkepung & kesemua pejuang
telah siap melafazkan kalimah-kalimah suci, serentak & kuat.Ketibaan pegawai daerah tidak mengubah pendirian & tekad mereka utk menghapuskan komunis biar di mana mereka bersembunyi.

Batu Pahat mesti dibersihkan daripada kekejaman & kezaliman. Bendera merah yg telah menghiasi bangunan-bangunan di Bandar Penggaram itu perlu diturunkan. Segera!
Ternyata kehadiran Dato? Onn tidak dihiraukan oleh semua pejuang termasuklah Salleh.

Apalagi semangat mereka ketika itu sudah membuak-buak, hanya menanti arahan sahaja utk menyerbu.Salleh menolak arahan Pegawai Daerah supaya meletakkan senjata
& membebaskan komunis di Bandar Penggaram daripada menerima habuannya.

Bukan Salleh seorang yg berpendirian begitu, malah kesemua pejuang
yg telah bersedia di lokasi-lokasi masing-masing sependirian dgn Salleh.

Bagi mereka campur tgn Pegawai Daerah seolah-olah memenangkan komunis & merestui keganasan serta kezaliman yg dilakukan oleh petualang tanah air itu berterusan.
Mereka tidak dapat menerima alasan keamanan sebagai sekatan supaya serangan tidak dapat dilaksanakan.

Biar Salleh berkeras utk menyerang juga, Dato? Onn yg diiringi oleh pasukan polis itu juga berkeras menghalang.Kemarahan pejuang semakin memuncak apabila teringatkan Pegawai Daerah dan Kadi Daerah yg dibunuh komunis dahulu.Satu kata-kata keramat Dato? Onn
yg akhirnya berjaya meredakan kemarahan Salleh & orang-orangnya ialah;

Sekarang ini Tanah Melayu tidak lagi di bawah kekuasaan Jepun. Jepun sudah menyerah kalah dan sekarang Tanah Melayu sudah kembali kpd pemerintahan British.?

Ditambah dgn janji Dato? Onn untuk menyerahkan tugas menghapuskan komunis kepada pihak polis dan khidmat orang kampung akan diminta apabila perlu, akhirnya terpaksalah Salleh beralah.Namun ketidak-puasan hati pejuang-pejuang Selempang Merah amat nyata sekali.

Meskipun serangan secara besar-besaran ke atas Batu Pahat itu berjaya digagalkan, tidak bermakna semua pejuang akuratau percaya British akan mampu melaksanakan tanggung jawab membersihkan Tanah Melayu drpd komunis.Ditambah dgn kemarahan mereka
terhadap pemimpin atasan bertindak menghentikan segala kekejaman komunis sebelum ini,
kemudian campur tangan ketika kekejaman itu hampir dapat ditamatkan, pejuang-pejuang Selempang Merah meneruskan jihad fisabilillah mereka.

Di mana sahaja diketahui ada sarang komunis akan digeladah & dihabiskan;
termasuklah di Parit Jawa, Parit Jamil, Bakri dan Bukit Mor di Muar.Serangan-serangan pejuang-pejuang Selempang Merah itu akhirnya sampai jua ke telinga Dato? Onn di Johor Bahru. Dia memegang amanah Sultan dan juga pemerintahan British
utk cuba menghentikan perang parang panjang itu.

Akhirnya Dato? Onn berjaya mengaturkan satu pertemuan antara pemimpin komunis dengan Salleh di Tangkak, Muar.Cuma masalahnya, Salleh diminta dating seorang diri
sedangkan 6 orang pemimpin PKM sudah bersedia di sana.

Namun, Salleh dgn keyakinannya yg padu terhadap kekuasaan ALLAH mendatangi juga Tangkak bersendirian sebagaimana yg diisyaratkan (mencerlahkan lagi sifat kepimpinan & kehebatannya sebagai pemimpin tertinggi yg dikagumi & ditakuti).Hanya Esah, Haji Othman dan adiknya Hassan yg mengetahui Salleh ke Tangkak

Sengaja dia meminta Esah merahsiakan pemergiannya itu supaya Batu Pahat tidak terdedah kpd bahaya akibat pemergian pemimpin-pemimpin kanan Selempang Merah beramai-ramai ke Tangkak.Salleh tidak takut dia diapa-apakan, kerana jika dia diperdaya& dibunuh,
dia percaya batas kesabaran pejuang-pejuangnya akan sampai ke tahap didih & dia pasti Batu Pahat dan seluruh Johor bakal menjadi padang jarak padang terkukur

15 September 1955, diperkarangan rumah Haji Othman, hasil pertemuan antara Salleh dgn pemimpin-pemimpin tertinggi PKM yg berlansung selama 3 hari itu berakhir dgn kata sepakat utk berdamai.Salleh menerima unjuran damai itu kerana memang itulah yg diimpi-impikannya, malah Selempang Merah yg diketuainya itu tidak lain adalah utk mencari perdamaian.Soalnya, bolehkan unjuran damai itu benar-benar dipatuhi & dihormati?

Salleh tidak mempunyai pilihan kerana jika dia tidk menyetujuinya, seolah-olah apa yg dilakukan selama ini adalah utk keseronokan atau lebih dipacu oleh dendam kesumat.
Salleh tidak mahu anggapan sebegitu menghantui pemikiran semua pengusul damai
atau sesiapa sahaja yg bakal mewarisi Tanah Melayu ini kelak.

Sekembalinya Salleh, dia terus dikerumuni oleh orang ramai, terutamanya orang kuat Selempang Merah seperti Ijam dan Yunus.Mereka tidak sabar-sabar hendak mengetahui
apakah hasil drpd mesyuarat dgn pemimpin-pemimpin yg nyata tidak berhati perut itu.
Sebaik sahaja mendengar penjelasan Salleh, masing-masing tunduk tanda akur.

Mereka juga seperti Salleh, membabitkan diri dalam kancah yg cukup berbahaya itu
semata-mata utk mendapat keadilan dan kedamaian.Sekiranya damai & keadilan sudah berada di hadapan mata, mereka tiada halangan utk menyetujuinya.

Maka, detik bersejarah perdamaian yg dijangkakan akan dihadiri oleh Dato? Onn, Colonel Wood, beberapa pembesar negeri serta pegawai-pegawai tertinggi polis itupun dirangka.
Tempatnya ialah di rumah Haji Othman. Sementara di pihak komunis, seramai 4 org pemimpin tertingginya akan hadir.Upacara damai itupun dimeterai & ditanda tangani serta diserikan dgn pesta dan jamuan makan.

Sudah lama penduduk Batu Pahat tidak merasai makanan enak dan keseronokan berpesta.
Upacara damai itu benar-benar memberikan kesempatan kpd mereka utk menghirup udara dgn penuh keyakinan & gembira.

Meskipun perjanjian damai itu telah dipersetujui & ditandatangani, masih ada kes-kes org hilang pabila pergi ke Bandar Penggaram, masih ada kes-kes pembunuhan
yg dilakukan secara nyata oleh pihak komunis.Ekoran daripada itu, Salleh mengumpulkan kembali pejuang-pejuang Selempang Merah.

Amukan kali ini lebih menyeluruh kerana rasa kecewa dan marah yg berbaur di hati setiap pejuang-pejuang itu.Komunis memang tidak boleh dipercayai!Memang tidak boleh dbuat janji!Cara mengajarnya hanya dgn parang panjang
Tatkala semangat pejuang-pejuang Selempang Merah pada kemuncaknya, Salleh terpaksa akur dgn permintaan Dato? Onn supaya peperangan dihentikan. Walaupun Dato? Onn faham semangat membela agama, bangsa dan tanah air yg mengalir di jiwa setiap pejuang Selempang Merah, dia juga terpaksa akur dgn kehendak Sultan & pemerintah British. Gagal dia menamatkan pertumpahan darah itu bererti gagallah dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pegawai Daerah _ TAMMAT.

Salam
Anak Johor

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
cyberprince said...

Saudara Pemerhati dan Bung Mika:

Saya ucapkan jutaan kasih. Saya tidak kenegerian. Tapi saya bangga megetahui hakikat bahawa anda berdua adalah anak Johor.

Untuk rekod Bung Mika, siapa yang membiarkan Hishamuddin? Ssya hanya ada gneration gap sedikit dengan beliau kerana saya generasi Pemuda UMNO zaman Anwar Ibrahim dan Najib. Dan, apalah ada pada insan pencen macam saya ni?

Seandainyalah Bung Mika serius, kitakan ada budi dan bahasa. Bukankah anda sendiri mengatakan anda mahir soal Melayu?

Jadi, saya yang kurang ilmu dan pengetahuan ini haraplah sangat-sangat kita berjumpa, bukan untuk buang masa, tapi untuk berbicara pasal Melayu.

Tapi, macam mana hajat Bung Mika nak tutup blog ni dan ISAkan saya? Jadi ke? Saya nak siap-siap sejadah dan berus gigi untuk di bawa ke Kemunting, Batu Gajah atau pun di mana-mana.. Harap notis awal-awal, kalau tak susah saya!!!

Buat Saudara Pemerhati, saya ucapkan terima jutaan kasih atas kisah Panglima Salleh. Saya minta izin untuk edit dan post ke blog ini kedua-dua coretan sejarah itu.

Tak apalah kalau Bung Mika tak perlukan sejarah. Anak-anak kita masih perlu bercerminkan sejarah.

Sampai di lain ketika, selamat maju jaya. Bung Mika dan Hisamuddinnya, Saudara Pemerhati dengan Panglima Sallehnya. Saya dengan kuda kepang ini Insya Allah akan terus bersuara, biar pun ada pihak berura-ura untuk menutup blog ini dan mengISAkan saya.

Salam takzim daripada saya,
Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Wadah said...

Datuk,
Tabahkan hati.. hayati lagu ini. Bos kami hormati orang Parit Sulong


KEAGUNGAN TUHAN _d'lloyd

Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naungan
'tuk makhluk ciptaan tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

( korus )
Dialah Pengasih dan Penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada Keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta

Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa


ISIS- P'jaya

cyberprince said...

Bung Mika Dan Wadah:

Terima kasih atas kiriman moonshadow dan Kagungan Tuhan kepada saya.

Right now I researching on something about the recent Langkawi meeting and found out something irregular. I will post it later this morning.

As for Hishamuddin, I am always open about helping him. Bung Mika, whoever you are, please tell him that. But please remind him he still owes one... Just tell him that and if he remembers, please let me know.

Terima kasih.
Salam takzim daripada saya,
Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Mika Angel-0 said...
This comment has been removed by the author.
Mika Angel-0 said...

Mas,

Sekiranya sudah dibaca cerita Aidrus itu, tolonglah sediakan tong sampah itu kembali agar cerita mengarut ini dicampakkan.

Cerita Hallaj itu akhirnya dengan tangisan darah.

Tolong ya, Mas

Mika Angel-0 said...

Cyberprince,
Salaam

merci beau coup, deHeer

Maka,

Sdr Pemerhati
Terima kasih.

Panglima Salleh pasti bangga dengan kamu dan saya pun beitu jua.

Al-Fatihah buat Panglima Salleh bin Abdul Karim.(Kalau di binkan ibunya lagilah indah)
Allah mencucuri rohnya dan Rahmatnya, dunia wal akhirat.
Ameen